Di sini komer kena lihat dengan hati. Baca dengan otak. Baca sampai habis. Dalam hati ada perasaan. Dalam otak ada akal. Kalau tidak komer tak faham.

MAAF

Semua blog yang ada iklan tersembunyi, iklan jual produk untuk tujuan seks, dan iklan yang menempel di tengah halaman (sama ada menutup teks atau tidak) akan dikeluarkan.

Friday 13 January 2012

HEBATNYA ULAMA PAS! BOLEH BERADA DI DUA TEMPAT PADA MASA YANG SAMA!

Yong sokong penuh tindakan Ustaz Ismail Kamus untuk saman media yang buat cerita fitnah kononnya Ustaz berada di rumah Hassan Ali pada masa berkenaan. Yong ceduk sebahagiannya beritanya di bawah:

Magic Media?
Ketua Penerangan PAS, Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man semalam menjelaskan, tiga pemimpin PAS itu tidak berada dalam majlis di rumah Hasan Ali itu.

"Ketika penjelasan itu diberikan, PAS mengesahkan bahawa Datuk Dr Haron Din sedang bermesyuarat Majlis Syura Ulamak di pejabat agung PAS, Ustaz Taib Azamuddin pula berada di China dan Ustaz Ismail Kamus sedang menerima rawatan,” terang Tuan Ibrahim Tuan Man dalam satu kenyataan semalam. Berita kat sini

Unit Amal PAS sanggup jadi benteng
Kalaulah benar ulama2 PAS ini begitu hebat hingga ada ilmu ghaib, boleh berada di dua tempat pada satu masa, ini berita baik buat PAS dan berita buruk buat BN. Bayangkan jika mereka dapat turunkan ilmu ini pada unit amal PAS? Tak haru ke? Budak2 ni bukan pengecut macam geng patriot tu.

Adakah kerana kelebihan ilmu ulama PAS ini sehingga Hassan Ali begitu mendambakan sokongan mereka? Sokongan Nasharuddin Mat Isa tak cukup, sebab dia takde PhD macam Ustaz Haron Din dan takde pengalaman dan penghormatan masyarakat seperti Ustaz Ismail kamus dan Ustaz Taib Azamuddin.

Alahai media pencacai! Berhentilah buat fitnah. Allah itu Maha Adil. Pakar2 motivasi selalu pesan, kalau kita tunjuk pada orang untuk mengata salah dia, 4 jari lagi akan tunjuk pada kita. Tak tahu le sama ada pakar motivasi yang baru dipecat ini mengamalkan prinsip asas tunjuk menunjuk ini. 

4 comments:

  1. Salam,

    Lama tak dengor David Copperfield kot. Mana dia tu?

    ReplyDelete
  2. kena peturun ilmu ni kpd semua ahli pakatan, bole nak mengundi di dua tempat sekali gus

    ReplyDelete
  3. Moh kembara,
    Idup lagi ke dia atu dah jadi antu rayer?

    ReplyDelete
  4. Azmie
    Betoi tu. Agak2 bile yek?

    ReplyDelete

Komen mengkomer Yong tapis. Yong tak gemor kalau komer singgah dan melalut dengan bahasa mencarut atau bersifat racist. Yong takkan terbitkan. Komen yang ada link iklan akan masuk dalam spam. Tak kira dari penyokong mana-mana parti. Tak puashati? Ini hak tuantanah - untuk terbit atau tidak terbitkan komen mengkomer.